sKIM PINJAMAN KENDERAAN UNTUK e-hAILING DAN DELIVERY
Ramai pemandu e-hailing dan rider delivery ingin membeli kenderaan pergi ke showroom atau pusat pameran kenderaan dengan harapan ingin membuat pinjaman tetapi “ditolak” oleh jurujual/salesman kerana mereka memberitahu bahawa perkerjaan ini tidak layak untuk membuat pinjaman. Atau ada di antara mereka memberitahu bahawa golongan pemandu e-hailing dan rider delivery ni mesti ada penjamin.
Justeru ramai di antara pemandu e-hailng dan rider delivery ini yang kecewa dan putus harapan. Kerana ini satu-satunya perkerjaan yang mereka ada tetapi tidak dapat digunakan untuk membeli kereta dengan alasan pihak bank tidak menerima golongan ini.
Kami di www.KERETAPERODUA4U.com sedar akan masalah ini dan telah mencuba berbincang dengan pihak bank serta syarikat kewangan lain. Oleh itu kami telah mencapai kata sepakat untuk memperkenalkan SKIM PINJAMAN KENDERAAN UNTUK E-HAILING dan DELIVERY. Dengan harapan dapat membantu golongan ini mendapatkan pembiayaan kenderaan.
SYARAT-SYARAT PINJAMAN
Apakah syarat-syarat untuk pinjaman ini?
- Pemohon hendaklah berkerja lebih daripada 6 bulan
- Pemohon hendaklah berusia lebih daripada 22 tahun
- Sumber duit masuk ke dalam akaun bank hendaklah berjumlah RM 2,000 keatas setiap bulan selama 6 bulan
- Memiliki lesen memandu kereta. Minimum “P“.
DOKUMEN DIPERLUKAN
- Salinan Ic (depan belakang)
- Salinan lesen (depan belakang)
- Penyata E-hailing/Delivery dari syarikat selama 6 bulan
- Penyata Bank selama 6 bulan daripada pekerjaan E-hailing/Delivery
Jika tuan-tuan dan puan-puan yang berkerja dalam bidang e-hailing atau delivery yang berminat untuk membeli kereta Perodua, sila tekan butang di bawah untuk membuat pertanyaan untuk permohonan.
Panduan berkaitan yang anda patut baca
Jika anda mahu beli kereta Perodua untuk e-hailing tetapi pendapatan masih sederhana, baca panduan Beli Kereta Perodua Gaji Rendah supaya pilihan model lebih sesuai dengan komitmen.
Jika anda mahu mohon pembiayaan tanpa deposit, baca panduan Full Loan Perodua Tanpa Deposit untuk faham syarat dan perkara yang bank akan nilai.
Jika anda sudah ada kereta lama dan mahu tukar kepada model Perodua yang lebih sesuai untuk e-hailing, baca panduan Trade-In Kereta Lama Untuk Beli Perodua Baru.
Jika anda tiada lesen penuh atau lesen masih dalam proses, baca panduan Beli Kereta Perodua Tanpa Lesen sebelum membuat permohonan.