keretaperodua4u.com

siapa saya?

Hai nama saya Nazrul Ehsan, dan saya merupakan staf Perodua Lantikan HQ PERODUA yang akan menguruskan pembelian kereta PERODUA untuk pelanggan seluruh MALAYSIA termasuk SABAH dan SARAWAK. Saya telah berkhidmat dengan Perodua semenjak tahun 2014 dan hampir 1200 pelanggan Perodua yang telah berjaya selamatkan.

Tugas saya adalah memastikan anda memilik kenderaan PERODUA dengan selamat. Saya akan cuba melindungi anda dari sebarang tipu helah semasa pembelian kereta PERODUA.

Saya adalah Staf Perodua Lantikan HQ PERODUA

Anda akan hilang rasa takut dan curiga apabila berurusan dengan kami kerana anda berurusan terus dengan staf Perodua sendiri.

Ada ribuan jurujual diluar sana yang anda boleh temui. Masih ramai yang jujur dan amanah. hanya segelintir sahaja yang suka mengambil kesempatan. Buat apa anda nak pening-pening dan susah payah mencari jika anda telah berjumpa dengan orang yang betul? Tahniah kerana anda berjaya mengenali kami. Anda berpeluang menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya diselamatkan. Anda boleh semak no id saya 506492 dengan menghubungi talian hotline Perodua 1800-88-6600 untuk memastikan kewujudan saya.

1100++

Pelanggan Diselamatkan

2 Tahun

Bergelar Silver Club Perodua

Sepanjang pengalaman saya dalam bidang jualan kereta, saya telah membantu ramai pelanggan daripada pelbagai latar belakang — termasuk graduan baru bekerja, pelajar, pekerja bergaji rendah, pelanggan tanpa lesen, pelanggan yang ingin trade-in kereta lama, pemandu e-hailing, peniaga kecil, penjawat awam, pekerja swasta dan juga pelanggan yang ingin renew insurans Perodua.

Bagi saya, tugas seorang Sales Advisor bukan sekadar menjual kereta. Lebih daripada itu, saya percaya setiap pelanggan perlu diberikan penerangan yang jelas, jujur dan mudah difahami sebelum membuat keputusan. Membeli kereta adalah komitmen besar, jadi pelanggan berhak tahu tentang kelayakan, dokumen, anggaran bayaran bulanan, proses pinjaman, risiko permohonan dan pilihan model yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Id Kad Pekerja

Kad Staf Perodua

sijil lantikan perodua
Sijil lantikan rasmi dari Perodua membuktikan saya dilantik secara rasmi oleh HQ PERODUA sejak february 2014
sijil starclub perodua
Anugerah pengiktirafan sebagai Silver Club Perodua

Sijil latihan teambuilding untuk staf terbaik Perodua sahaja

Antara servis utama yang saya bantu termasuklah:

Skim Graduan Perodua untuk graduan baru bekerja yang ingin membeli kereta pertama.
Skim Pelajar Perodua untuk pelajar yang ingin membuat permohonan dengan bantuan penjamin.
Loan Kereta Gaji Rendah untuk pelanggan berpendapatan sederhana yang ingin menyemak kelayakan.
Beli Kereta Perodua Tanpa Lesen bagi pelanggan tertentu yang ingin cuba membuat permohonan walaupun belum mempunyai lesen memandu.
Trade-In Kereta Lama untuk pelanggan yang ingin menukar kereta lama kepada Perodua baru.
Renew Insurance Perodua Total Protect Plus untuk pemilik Perodua yang ingin memperbaharui insurans dengan perlindungan lebih menyeluruh.

Dengan pengalaman sejak 2014, saya sentiasa berusaha membantu pelanggan membuat permohonan dengan lebih tersusun. Setiap pelanggan mempunyai situasi yang berbeza. Ada yang baru mula bekerja, ada yang belum cukup slip gaji, ada yang pernah gagal loan, ada yang mempunyai komitmen tinggi, dan ada juga yang tidak pasti model mana paling sesuai dengan bajet mereka.

Sebab itu, saya lebih suka membuat semakan awal terlebih dahulu sebelum pelanggan membuat keputusan. Melalui semakan ini, pelanggan boleh tahu gambaran awal tentang kelayakan, dokumen yang diperlukan dan pilihan kereta yang lebih sesuai dengan kemampuan kewangan mereka.

Saya juga percaya dalam memberikan servis yang jujur dan amanah. Jika sesuatu permohonan berisiko, saya akan terangkan dengan jelas. Jika ada dokumen yang perlu dilengkapkan, saya akan bantu susun. Jika pelanggan perlukan panduan, saya akan cuba berikan penerangan sebaik mungkin supaya mereka tidak keliru sepanjang proses pembelian kereta.

Sebagai Nazrul Perodua, matlamat saya adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kereta Perodua dengan cara yang lebih selamat, mudah dan yakin. Sama ada pelanggan ingin membeli kereta pertama, menukar kereta lama, memohon melalui skim khas atau sekadar bertanya tentang kelayakan, saya sedia membantu.

Untuk pertanyaan berkaitan pembelian kereta Perodua, skim pinjaman, trade-in atau renew insurans, pelanggan boleh hubungi saya untuk semakan awal dan khidmat nasihat yang lebih jelas.

Kenapa WAJIB Pilih Kami

Pastinya anda yang perlukan kenderaan Perodua ingin mencari jurujual Perodua yang boleh dipercayai untuk mengelakkan jadi mangsa penipuan ribuan ringgit. Disini saya sertakan 4 Dalil kenapa anda wajib memilih kami sebagai jurujual Perodua anda.

Kualiti Kenderaan

Kenderaan yang anda beli dengan kami dijamin kualitinya. Material kenderaan anda adalah orginal tanpa sebarang penipuan.

Kami adalah Staf Perodua

Kami bukan ejen atau brooker. Kami adalah staf perodua bahagian jualan. Anda boleh semak no ID kami melalui talian Hotline Perodua

Bayaran hanya ke akaun Perodua HQ

Sebarang bayaran samada downpayment atau booking hanya ke akaun rasmi PERODUA SALES SDN BHD. Terus ke akaun rasmi HQ Perodua. Kami tidak menerima bayaran tunai, individu (salesman) atau akaun syarikat ketiga.

Dokumen dilindungi

Segala dokumen yang anda serahkan akan dilindungi di bawah akta PDPA 2010. Dokumen anda akan dimusnahkan selepas urusan jual beli tamat.

Nazrul Perodua
Sales Advisor Perodua sejak 2014
Membantu pelanggan membeli kereta Perodua dengan lebih mudah, jujur dan teratur.