Skim Graduan Perodua 2026: Syarat, Dokumen, Gaji Minimum & Cara Mohon Loan Kereta Pertama
Ditulis oleh Nazrul Perodua, Sales Advisor Perodua sejak 2014
Website rasmi: www.KERETAPERODUA4U.com
WhatsApp: 017-3105946
Skim Graduan Perodua 2026
Adakah anda seorang lepasan Diploma atau Ijazah yang baru sahaja mendapat pekerjaan? Mengidamkan kereta pertama seperti Perodua Axia, Myvi, Bezza, atau Alza tetapi bimbang tentang dokumentasi bank dan bayaran pendahuluan (downpayment)?
Di www.keretaperodua4u.com, kami sedia membantu anda merealisasikan impian tersebut melalui Skim Graduan Perodua 2026. Kami menawarkan proses pantas, kelulusan segera, dan urusan pembelian kereta secara online ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Apa Itu Skim Graduan Perodua?
Skim Graduan Perodua bukan sekadar promosi biasa. Ia merujuk kepada kemudahan pinjaman kenderaan yang ditawarkan oleh pihak bank kepada graduan yang baru memulakan kerjaya dan ingin membeli kereta pertama.
Ramai fresh graduate menghadapi masalah yang sama apabila mahu membeli kereta:
- baru bekerja dan belum cukup slip gaji 3 bulan
- belum pernah ada loan kereta
- tiada rekod kredit yang kuat
- gaji masih permulaan
- tidak pasti model mana sesuai dengan pendapatan
- takut loan kereta kena reject
Di sinilah Skim Graduan membantu. Ia memberi ruang kepada graduan yang layak untuk memohon pembiayaan kereta walaupun masih baru dalam dunia pekerjaan.
Sebagai Sales Advisor Perodua sejak 2014, saya banyak menguruskan permohonan graduan yang baru bekerja, fresh graduate, pekerja kontrak, kakitangan kerajaan baharu dan pekerja swasta yang ingin memiliki kereta pertama mereka.
8 Sebab Kenapa Graduan Memilih Skim Graduan Bersama Encik Nazrul (Keretaperodua4u.com)
Membeli kereta pertama adalah satu keputusan yang besar. Di Keretaperodua4u.com, kami bukan sahaja menyediakan skim pembiayaan, malah kami memastikan pengalaman pembelian anda berjalan lancar, selamat, dan menguntungkan melalui kelebihan berikut:
1. Pengalaman Sah Sejak Tahun 2014
Jangan pertaruhkan duit dan dokumen peribadi anda kepada pihak yang tidak bertauliah. Sebagai Sales Advisor Perodua sah yang berpengalaman sejak tahun 2014, Encik Nazrul sudah membantu ribuan pelanggan di seluruh Malaysia memiliki kenderaan sendiri. Pengalaman lebih 12 tahun ini menjamin urusan anda dikendalikan secara profesional, telus, dan mengikut prosedur rasmi Perodua.
2. Semakan Dokumen Awal & Pantas Melalui WhatsApp
Anda sibuk di tempat kerja baharu dan tiada masa untuk ke bilik pameran? Jangan risau. Proses kami jauh lebih mudah kerana urusan pra-semakan kelayakan dokumen boleh dilakukan secara digital melalui WhatsApp sahaja. Hantar dokumen anda dalam bentuk gambar atau PDF, dan kami akan buat penilaian awal sebelum dihantar ke pihak bank.
3. Khidmat Nasihat: Bantu Elak Salah Pilih Model Kereta
Beli kereta bukan sekadar tengok rupa, tetapi perlu ikut keperluan dan bajet jangka panjang. Ramai graduan tersilap langkah membeli model yang terlalu membebankan poket atau tidak praktikal untuk kerja mereka. Encik Nazrul akan memberikan konsultasi percuma untuk membantu anda memilih model yang paling tepat — sama ada Axia yang jimat minyak, Bezza yang luas, Myvi yang lincah, atau Ativa yang sporty.
4. Kepakaran Khas untuk Pembeli Kereta Pertama
Kami faham bahawa ini adalah kali pertama anda berurusan dengan pihak bank, kelulusan pinjaman, dan insurans kenderaan. Di Keretaperodua4u.com, kami memfokuskan kepada bimbingan langkah-demi-langkah khas untuk pembeli kereta pertama supaya anda faham keseluruhan proses tanpa rasa bimbang atau tertekan.
5. Tidak Perlu Tunggu Slip Gaji 3 Bulan
Ini adalah kelebihan terbesar yang kami tawarkan. Kebanyakan pinjaman bank biasa memerlukan slip gaji 3 bulan, tetapi melalui Skim Graduan Perodua ini, anda tidak semestinya perlu menunggu slip gaji penuh. Anda sudah layak memohon sebaik sahaja menerima Surat Tawaran Kerja (Offer Letter) rasmi.
6. Peluang Mohon Tanpa Penjamin (Guarantor)
Ramai graduan runsing kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa atau ahli keluarga untuk menjadi penjamin. Melalui skim khas ini, anda berpeluang besar untuk membuat permohonan atas nama sendiri tanpa memerlukan penjamin, asalkan profil dokumen dan pendapatan anda memenuhi kriteria minimum bank.
7. Peluang Full Loan / Pinjaman 100%
Simpanan tunai anda boleh digunakan untuk keperluan kecemasan lain atau persiapan masuk rumah sewa baharu. Kami menawarkan peluang permohonan Full Loan (Pinjaman 100%) tanpa perlu membayar duit muka (downpayment), tertakluk kepada kelulusan dan terma daripada pihak bank pembayar.
8. Beli Kereta Idaman Walaupun Baru Mula Bekerja
Baru bekerja satu hari? Belum pun sebulan melaporkan diri di pejabat baharu? Itu bukan penghalang. Kami sedia membantu graduan memiliki kereta pertama dengan segera walaupun anda baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan, bagi memudahkan urusan pengangkutan harian ke tempat kerja dengan lebih selamat dan selesa.
Matlamat saya bukan sekadar menjual kereta, tetapi membantu pelanggan memilih kereta yang sesuai dengan kemampuan.
Syarat Asas Skim Graduan Perodua 2026
Berikut ialah syarat asas yang biasanya digunakan untuk menilai kelayakan Skim Graduan Perodua. Syarat sebenar boleh berubah mengikut bank, dokumen dan profil kewangan pemohon.
Antara syarat asas yang biasanya dinilai ialah:
- Warganegara: Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Umur: Kebiasaannya sekitar 19 hingga 29 tahun.
- Pendidikan: Minimum Diploma atau kelayakan setara.
- Status pekerjaan: Pemohon sudah bekerja.
- Jenis pekerjaan: Pekerjaan tetap atau kontrak, bergantung kepada syarat bank.
- Tujuan pembelian: Biasanya untuk pembelian kereta pertama.
- Rekod kredit: Sebaiknya bersih daripada tunggakan serius.
- PTPTN: Sebaiknya tiada tunggakan bermasalah.
- Dokumen diperlukan: MyKad, lesen memandu, dokumen pengajian dan dokumen pekerjaan.
- Skim latihan: MYSTEP, SL1M dan PROTEGE biasanya tidak diterima.
- Kelulusan: Tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak bank.
Perkara paling penting ialah bank mahu melihat sama ada pemohon mempunyai pendapatan yang stabil, dokumen yang lengkap dan kemampuan bayaran bulanan yang sesuai dengan model kereta yang dipilih.
Berapa Gaji Minimum Untuk Mohon Skim Graduan Perodua?
Secara umum, gaji minimum yang lebih selamat untuk memohon kereta Perodua melalui Skim Graduan ialah sekitar RM2,000 ke atas selepas mengambil kira komitmen.
Namun, gaji sahaja bukan satu-satunya faktor. Bank juga akan lihat:
- komitmen bulanan sedia ada
- rekod bayaran PTPTN
- pinjaman peribadi
- kad kredit
- pembiayaan telefon
- status kerja
- jenis syarikat
- tempoh bekerja
- dokumen sokongan
- model kereta yang dipilih
Contohnya, dua orang graduan mungkin sama-sama bergaji RM2,500. Tetapi keputusan loan boleh berbeza jika seorang mempunyai komitmen tinggi, manakala seorang lagi tiada banyak hutang.
Sebab itu sebelum pilih model kereta, lebih baik buat semakan kelayakan terlebih dahulu.
Model Perodua Yang Sesuai Untuk Fresh Graduate
Pemilihan model sangat penting. Jangan pilih kereta hanya sebab nampak cantik atau ikut kawan. Pilih berdasarkan kemampuan sebenar, gaji, komitmen dan keperluan harian.
| Model | Sesuai Untuk |
|---|---|
| Axia | Graduan baru kerja, bajet rendah, jimat minyak |
| Bezza | Mahu sedan, boot besar, bayaran bulanan terkawal |
| Myvi | Mahu kereta harian popular dan mudah dijual semula |
| Ativa | Mahu SUV kompak dan ciri moden |
| Alza | Graduan yang sudah berkeluarga atau perlukan 7 tempat duduk |
| Aruz | Mahu SUV 7 tempat duduk dengan gaya lebih tinggi |
| Traz | Mahu gaya moden, sporty dan lebih premium |
Untuk kebanyakan fresh graduate, pilihan paling selamat biasanya bermula dengan Axia atau Bezza kerana bayaran bulanan lebih terkawal. Jika gaji dan komitmen lebih kukuh, barulah pertimbangkan Myvi, Ativa, Alza, Aruz atau Traz mengikut keperluan dan kelayakan bank.
Dokumen Diperlukan Untuk Skim Graduan Perodua
Dokumen yang lengkap boleh mempercepatkan proses semakan. Antara dokumen yang biasanya diperlukan ialah:
Dokumen Wajib
- salinan MyKad
- salinan lesen memandu
- transkrip akademik
- sijil diploma atau ijazah
- surat tawaran kerja
- surat pengesahan jawatan, jika ada
- slip gaji, jika sudah ada
- penyata bank, jika diperlukan
Dokumen Tambahan Yang Boleh Membantu
- kad pekerja
- surat pengesahan majikan
- penyata KWSP, jika ada
- dokumen PTPTN, jika diperlukan
- bukti elaun tetap, jika ada
Jika baru bekerja dan belum cukup slip gaji, jangan terus anggap tidak layak. Sesetengah bank masih boleh menilai berdasarkan offer letter, status pekerjaan dan dokumen sokongan lain.
Baru Kerja 1 Hari Boleh Mohon Loan Kereta?
Ini antara soalan paling kerap ditanya oleh fresh graduate.
Jawapannya: boleh cuba mohon, tetapi kelulusan bergantung kepada bank dan dokumen pemohon.
Untuk sesetengah kes graduan, bank boleh menilai permohonan walaupun pemohon baru mula bekerja, asalkan dokumen kerja lengkap dan pendapatan memenuhi syarat asas.
Namun, tidak semua kes sama. Jika offer letter tidak jelas, gaji terlalu rendah, syarikat tidak stabil, atau pemohon mempunyai rekod bayaran bermasalah, loan masih boleh ditolak.
Sebab itu semakan awal sangat penting sebelum memilih model kereta.
Perlu Guarantor Atau Tidak?
Untuk Skim Graduan, ada kes yang tidak memerlukan guarantor. Namun, ada juga situasi bank mungkin minta guarantor, bergantung kepada profil pemohon.
Bank mungkin pertimbangkan guarantor jika:
- umur terlalu muda
- pendapatan belum cukup kuat
- kerja masih kontrak pendek
- dokumen tidak lengkap
- rekod kredit terlalu kosong
- komitmen tinggi
- model kereta terlalu tinggi berbanding gaji
Jadi, jangan terus percaya ayat “confirm tak perlu guarantor” untuk semua kes. Yang lebih tepat ialah: guarantor bergantung kepada penilaian bank.
Boleh Dapat Full Loan Perodua?
Ramai graduan mahu tahu sama ada boleh beli Perodua tanpa deposit.
Jawapannya: boleh mohon full loan, tetapi tidak semua permohonan akan lulus 100% financing.
Bank akan lihat kemampuan pemohon. Jika profil kewangan cantik, dokumen lengkap dan model kereta sesuai dengan gaji, peluang untuk dapat margin pembiayaan yang baik lebih tinggi.
Namun, jika komitmen tinggi atau gaji terlalu rendah untuk model yang dipilih, bank mungkin minta deposit atau menolak permohonan.
Nasihat saya: jangan pilih kereta berdasarkan impian dahulu. Pilih berdasarkan kelayakan dahulu.
Proses Mohon Skim Graduan Perodua Dengan Nazrul Perodua
Berikut ialah proses ringkas untuk memohon:
1. Semak kelayakan awal
Pemohon boleh hubungi Nazrul Perodua dan berikan maklumat asas seperti:
- umur
- pekerjaan
- gaji
- komitmen
- kelayakan akademik
- model Perodua yang diminati
- status PTPTN
- tempoh bekerja
2. Pilih model yang sesuai
Selepas semakan awal, barulah pilih model yang lebih sesuai dengan pendapatan dan komitmen.
3. Sediakan dokumen
Dokumen lengkap akan membantu proses submission kepada bank.
4. Hantar permohonan loan
Permohonan akan dihantar kepada bank yang sesuai berdasarkan profil pemohon.
5. Tunggu keputusan bank
Bank akan menilai dokumen, rekod kredit dan kemampuan bayaran.
6. Urusan booking dan allocation
Selepas loan lulus, proses booking, pemilihan warna, allocation kereta dan urusan pendaftaran akan diteruskan.
7. Handover kereta
Apabila semua proses selesai, kereta akan didaftarkan dan diserahkan kepada pelanggan.
Kesilapan Fresh Graduate Yang Buat Loan Kereta Kena Reject
Banyak loan bukan ditolak sebab pemohon “tidak layak langsung”, tetapi sebab kesilapan kecil yang boleh dielakkan.
Antara kesilapan biasa:
1. Pilih kereta terlalu mahal berbanding gaji
Gaji RM2,000 tetapi mahu model dengan bayaran bulanan terlalu tinggi boleh menyebabkan bank rasa risiko terlalu besar.
2. Dokumen tidak lengkap
Offer letter tiada maklumat gaji, slip gaji tidak jelas, atau penyata bank tidak sepadan boleh melambatkan proses.
3. Ada tunggakan PTPTN
Tunggakan PTPTN yang bermasalah boleh memberi kesan kepada penilaian bank.
4. Komitmen terlalu tinggi
Walaupun gaji nampak besar, komitmen seperti personal loan, kad kredit atau pembiayaan lain boleh mengurangkan kelayakan.
5. Tidak semak kelayakan sebelum booking
Ada pelanggan terus pilih kereta, tetapi bila semak loan, model itu tidak sesuai dengan gaji.
6. Beri maklumat tidak tepat
Maklumat kerja, gaji atau komitmen yang tidak tepat boleh menyebabkan permohonan bermasalah.
Skim Graduan Perodua Sesuai Untuk Siapa?
Skim ini sesuai untuk:
- fresh graduate baru bekerja
- lepasan diploma
- lepasan ijazah
- pekerja muda yang mahu beli kereta pertama
- mereka yang belum pernah ada loan kereta
- mereka yang baru mula bina rekod kewangan
- graduan yang mahu kereta untuk pergi kerja
- pekerja baru yang mahu kereta jimat minyak dan mudah dijaga
Skim ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu mula memiliki kereta pertama dengan cara yang lebih tersusun.
Siapa Yang Mungkin Tidak Sesuai Mohon?
Skim ini mungkin kurang sesuai jika:
- belum bekerja
- tiada pendapatan tetap
- gaji terlalu rendah selepas komitmen
- ada tunggakan serius
- dokumen kerja tidak lengkap
- mahu pilih model terlalu tinggi berbanding kemampuan
- kerja tidak memenuhi syarat bank
- PTPTN atau rekod kredit bermasalah
Namun, setiap kes berbeza. Cara terbaik ialah semak dahulu sebelum buat keputusan.
Soalan Lazim Skim Graduan Perodua
S: Apa itu Skim Graduan Perodua?
J: Skim Graduan Perodua ialah kemudahan pembiayaan kereta untuk graduan yang ingin membeli kereta Perodua pertama, tertakluk kepada kelulusan pihak bank.
S: Adakah Skim Graduan ini program rasmi Perodua?
J: Skim Graduan biasanya merujuk kepada kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh pihak bank untuk graduan. Perodua Sales Advisor membantu pelanggan menyediakan dokumen dan menghantar permohonan kepada bank yang sesuai.
S: Berapa gaji minimum untuk beli kereta Perodua sebagai fresh graduate?
J: Secara umum, gaji sekitar RM2,000 ke atas lebih selamat untuk semakan awal. Namun, kelulusan tetap bergantung kepada komitmen, dokumen, rekod kewangan dan polisi bank.
S: Baru kerja seminggu boleh apply loan kereta?
J: Boleh cuba mohon jika dokumen kerja lengkap. Namun, keputusan tetap bergantung kepada penilaian dan kelulusan pihak bank.
S: Perlu slip gaji 3 bulan atau tidak?
J: Untuk sesetengah kes graduan, bank boleh menilai permohonan walaupun belum cukup slip gaji 3 bulan. Dokumen sokongan seperti surat tawaran kerja, pengesahan kerja dan bukti sudah mula bekerja sangat penting.
S: Perlu guarantor atau tidak?
J: Tidak semestinya. Ada kes tidak memerlukan guarantor, tetapi bank boleh meminta guarantor jika profil pemohon dianggap berisiko atau dokumen sokongan tidak cukup kuat.
S: Boleh beli kereta tanpa deposit?
J: Boleh mohon full loan atau pembiayaan 100%, tetapi kelulusan tetap bergantung kepada penilaian bank, profil pemohon, model kereta dan dokumen yang dihantar.
S: Model Perodua apa paling sesuai untuk fresh graduate?
J: Biasanya Perodua Axia dan Bezza lebih sesuai untuk graduan yang baru mula bekerja kerana bayaran bulanan lebih terkawal. Myvi, Ativa, Alza, Aruz dan Traz pula sesuai jika pendapatan lebih kukuh dan komitmen bulanan masih selamat.
S: Kalau ada PTPTN boleh mohon?
J: Boleh, tetapi sebaiknya tiada tunggakan yang bermasalah. Rekod bayaran PTPTN boleh mempengaruhi penilaian bank, terutamanya jika terdapat tunggakan atau bayaran tidak konsisten.
S: Kalau loan kena reject, boleh cuba bank lain?
J: Boleh, tetapi jangan hantar permohonan ke terlalu banyak bank tanpa strategi. Lebih baik semak dahulu punca permohonan ditolak supaya permohonan seterusnya lebih tersusun.
S: Berapa lama proses loan Perodua?
J: Tempoh proses bergantung kepada kelengkapan dokumen, semakan bank dan status permohonan. Dokumen yang lengkap biasanya membantu proses menjadi lebih lancar.
S: Boleh mohon kalau kerja kontrak?
J: Boleh cuba mohon, terutama jika kontrak kerja jelas dan tempoh pekerjaan memenuhi syarat bank. Namun, keputusan bergantung kepada jenis kontrak, pendapatan, komitmen dan polisi bank.
S: Bolehkah saya mohon Skim Graduan Perodua jika belum ada slip gaji 3 bulan?
J: Boleh cuba mohon menggunakan surat tawaran kerja rasmi sebagai dokumen sokongan, terutamanya jika anda sudah mula melaporkan diri di tempat kerja. Namun, kelulusan tetap bergantung kepada semakan dan polisi pihak bank.
S: Saya bekerja di Sabah atau Sarawak, adakah Encik Nazrul boleh uruskan penghantaran ke sana?
J: Ya, boleh. Urusan pembelian boleh dibantu untuk pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada susunan penghantaran, stok, dokumen dan kelulusan bank.
S: Bagaimana cara untuk saya tuntut rebate atau promosi Skim Graduan Perodua?
J: Anda boleh klik butang “WhatsApp Graduate” di laman web ini untuk semak promosi semasa. Sebarang rebate atau promosi tertakluk kepada model, stok, kempen semasa dan syarat yang ditetapkan.
Mula Semak Kelayakan Anda Sekarang!
Jangan biarkan masalah pengangkutan menghalang produktiviti anda di tempat kerja baharu. Klik butang di bawah untuk berhubung terus dengan Encik Nazrul, Sales Advisor Perodua Sah sejak 2014.
Panduan berkaitan yang anda patut baca
Jika anda masih belajar dan belum bekerja, baca panduan Skim Pelajar Perodua 2026 untuk faham cara pembelian kereta menggunakan penjamin.
Jika gaji anda sekitar RM2,000 hingga RM3,000, baca juga panduan Beli Kereta Perodua Gaji Rendah supaya anda boleh pilih model yang lebih selamat ikut kemampuan.
Jika anda mahu membeli kereta tanpa deposit, baca panduan Full Loan Perodua Tanpa Deposit untuk faham realiti, syarat dan risiko sebelum membuat keputusan.
Jika anda sudah ada kereta lama dan mahu tukar kepada Perodua baru, baca panduan Trade-In Kereta Lama Untuk Beli Perodua Baru.
Kesimpulan: Fresh Graduate Boleh Beli Perodua, Tapi Kena Pilih Dengan Betul
Skim Graduan Perodua boleh membantu fresh graduate memiliki kereta pertama, tetapi keputusan paling penting bukan sekadar “boleh lulus atau tidak”.
Yang lebih penting ialah memilih kereta yang sesuai dengan kemampuan.
Jangan beli kereta hanya sebab ikut trend. Jangan pilih model hanya sebab kawan pakai. Semak kelayakan dahulu, faham komitmen bulanan, dan pilih model yang tidak membebankan kewangan.
Jika anda fresh graduate dan sedang merancang untuk beli kereta Perodua pertama, anda boleh hubungi saya untuk semakan awal.
WhatsApp Nazrul Perodua: 017-3105946
Website rasmi: www.KERETAPERODUA4U.com