Masih Belajar
Tetapi Perlukan Kereta?
Semak kelayakan Skim Pelajar Perodua dengan bantuan penjamin yang layak.
Seluruh Malaysia
Percuma
Dokumen
Siapa Yang Sesuai?
Skim ini sesuai untuk pelajar yang masih belajar dan mempunyai penjamin yang layak untuk menyokong permohonan.
Terbuka kepada pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf.
Pemohon mestilah masih berstatus pelajar aktif dan belum menamatkan pengajian.
Pemohon mestilah mencapai umur minimum 18 tahun semasa permohonan dibuat.
Mempunyai lesen memandu yang sah, sekurang-kurangnya lesen P.
Sesuai untuk pelajar peringkat diploma, ijazah, kolej atau universiti.
Permohonan memerlukan penjamin yang mempunyai pendapatan, dokumen dan rekod kewangan yang sesuai.
Syarat Penjamin
Penjamin memainkan peranan penting dalam permohonan Skim Pelajar Perodua. Pastikan profil penjamin memenuhi syarat asas di bawah.
Penjamin boleh terdiri daripada ibu, bapa, penjaga, pasangan atau ahli keluarga yang mempunyai hubungan jelas dengan pelajar.
Penjamin perlu mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan yang stabil serta dokumen pendapatan yang lengkap.
Jumlah hutang dan komitmen bulanan penjamin mestilah masih dalam tahap yang sesuai dengan pendapatan.
Penjamin tidak mempunyai masalah serius seperti tunggakan, rekod bayaran buruk atau isu kewangan yang menjejaskan permohonan.
Gaji atau pendapatan penjamin hendaklah minimum RM2,000 ke atas, tertakluk kepada jumlah komitmen bulanan sedia ada.
Kelebihan Skim Pelajar
Skim ini membantu pelajar memiliki kereta sendiri dengan sokongan penjamin yang layak dan proses yang lebih teratur.
Pelajar boleh membuat permohonan dengan bantuan penjamin yang layak.
Hutang atau pinjaman didaftarkan atas nama pelajar, bukan atas nama penjamin.
Kenderaan didaftarkan atas nama pelajar, bukan atas nama penjamin.
Semakan dan urusan boleh dibantu untuk pelanggan di seluruh Malaysia, termasuk SABAH dan SARAWAK
Pembiayaan penuh boleh dipertimbangkan berdasarkan profil pelajar, penjamin dan keputusan institusi kewangan.
Tentang Nazrul Perodua
Berurusan dengan Sales Advisor Perodua yang berpengalaman, mempunyai bukti lantikan dan membantu pelanggan secara telus.
Pengalaman, Kepercayaan dan Bantuan Yang Jelas
Saya membantu graduan membuat semakan awal, memahami dokumen, memilih model yang sesuai dan menguruskan proses pembelian sehingga penyerahan kereta. Setiap permohonan diterangkan dengan jujur tanpa menjanjikan kelulusan.
Sijil Lantikan Perodua
Bukti Lantikan
Sijil ini dipaparkan sebagai bukti lantikan rasmi dan membina keyakinan pelanggan sebelum berurusan.
Business Card Nazrul
Maklumat RasmiBusiness card digital yang memaparkan maklumat hubungan untuk rujukan pelanggan.
Semak Kelayakan Anda Sekarang
Isi maklumat pelajar dan penjamin. Selepas dihantar, maklumat akan dibuka terus ke WhatsApp Nazrul untuk semakan awal.
Borang Semakan Skim Pelajar
Lengkapkan maklumat asas supaya semakan dapat dibuat dengan lebih tepat.
Maklumat ini digunakan untuk tujuan semakan awal melalui WhatsApp sahaja.