keretaperodua4u.com

Panduan Lengkap Skim Graduan

Skim graduan merupakan satu inisiatif atau peluang yang diberikan oleh bank kepada pelanggan yang dalam kategori graduan  untuk membeli kereta. Ini kerana golongan ini adalah golongan yang amat mudah ditolak oleh bank kerana tidak mencukupi beberapa syarat tertentu.

Kami di KERETAPERODUA4U.COM merupakan satu-satunya laman web yang menguruskan pembelian untuk skim graduan terbanyak di Malaysia sejak tahun 2014. Purata setahun graduan yang memohon di anggarkan sekitar 200-300 permohonan dan pada tahun 2018 merekodkan permohonan tertinggi iaitu 353 permohonan.

Permohonan adalah dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ini kerana kami mempunyai hubungan yang baik dengan bank seluruh Malaysia. Oleh itu semua walau di mana pun graduan tersebut berada, kami boleh bantu uruskan walaupun berada jauh di kepulauan Borneo.

Para graduan adalah golongan paling fragile (Paling mudah) ditipu oleh segelintir jurujual dan brooker durjana. Beratus-ratus aduan telah kami terima dalam tempoh 6 tahun ini. Ada yang berjaya kami selamatkan akan tetapi hampir separuh kami gagal selamatkan. Kenapa kami gagal?

  1. Terlambat menemui kami, kereta telah diterima. Berurusan dengan orang lain terlebih dahulu.
  2. Bertemu dengan kami terlebih dahulu, tetapi buat keputusan berurusan dengan orang lain. Kerana apa?
  • Tawaran orang lain lebih menarik sedangkan semuanya dusta. Perkara yang dusta memang indah.
  • Kami telah beri nasihat yang jujur, tetapi mereka nak dengar apa yang meraka mahu dengar sahaja, tidak percaya dengan nasihat yang jujur. Nasihat yang jujur selalunya pahit untuk diterima.

Justru itu, pilihan di tangan anda. Tiada paksaan semasa berurusan dengan kami. Apa yang kami harapkan anda selamat dengan pilihan anda. Doa kami mengiringi anda.

Apakah syarat-syarat Kelayakan?

  1. Memiliki Minimum Diploma keatas daripada Pusat Pengajian Tinggi Tempatan dan Luar negara yang diperakui.
  2. Berumur tidak lebih 29 Tahun dan tidak kurang dari 19 Tahun.
  3. Tidak pernah membuat pinjaman kenderaan sebelum ini
  4. Berkerja tetap atau kontrak (1tahun tempoh kontrak) dari sektor KERAJAAN atau SWASTA.
  5. Bagi yang berkerja di sektor SWASTA,  syarikat hendaklah dari kategori SDN BHD atau BERHAD sahaja.
  6. Tidak mempunyai masalah Tunggakan PTPTN
  7. Gaji/Pendapatan hendaklah minimum RM 1800 keatas setelah tolak semua komitmen (Elaun Tetap dikira sebagai pendapatan)

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Ic/Kad Pengenalan – WAJIB
  2. Salinan Lesen (Minimum P) – WAJIB
  3. Skrol/Transcript/Mini Transcript/Surat Tamat Belajar  – WAJIB
  4. Surat Tawaran Kerja/ Surat Pengesahan Pekerjaan – WAJIB

dokumen Tambahan (Jika Ada)

  1. Payslip Terkini (jika anda telah menerima gaji pertama) –JIKA ADA
  2. Statment bank (Jika anda telah memberikan payslip) –JIKA ADA
  3. Kad Pekerja/Kad perubatan kerja – JIKA ADA

Apakah kelebihan Skim Ini?

Seringkali pembeli tertanya-tanya, apakah kelebihan skim ini berbanding pinjaman biasa.

  1. Tidak ada PENAMIN/GUARANTOR. Skim ini TIDAK MEMERLUKAN Penjamin atau guarantor.
  2. Pinjaman biasa memerlukan pemohon memiliki sekurang-kurangnya satu komitment hutang contohnya kredit kad untuk bank melihat trend pembayaran anda. Skim ini TIDAK PERLU ada komitmen.
  3. Pinjaman biasa memerlukan payslip 3 bulan, skim ini TIDAK PERLU PAYSLIP bagi mereka yang berkerja tidak sampai sebulan.
  4. Pinjaman biasa memerlukan anda telah berkerja di syarikat anda sekurang-kurangnya 6 bulan. Skim ini TIDAK PERLU, berkerja sehari sudah boleh memohon.
  5. Skim ini pinjaman adalah 100%. TIADA downpayment/deposit diperlukan.

Mitos dan Salah Faham Skim ini

  1. Harga Kereta Lebih Murah – Skim ini di tawarkan oleh pihak bank. Harga kereta di tentukan oleh pengeluar kenderaan. Bank tidak mempunyai hak untuk menukar harga kenderaan kerana skim ini bukan ditawarkan oleh pengeluar kenderaan.
  2. Diskaun Istimewa – Sekali lagi, skim ini ditawarkan oleh pihak bank. Diskaun di berikan oleh pengeluar. Oleh kerana Bank yang menawarkan perkhidmatan ini, maka pihak bank tidak mempunyai hak dalam pemberian diskaun.
  3. Istilah Graduan – ramai yang keliru tentang istilah ini. Graduan bermaksud mereka yang telah tamat belajar dan mempunyai bukti menunjukkan mereka telah tamat. Mereka yang tidak mempunyai bukti, di anggap masih belajar. Tidak boleh memohon skim ini. Hendaklah memohon di bawah skim pelajar.

Cadangan Kereta Yang Sesuai mengikut Gaji

Model PERODUA

MODEL PROTON

**Cadangan gaji di atas hanyalah “Cadangan semata-mata” untuk guidline para graduan. Ia cuma membantu memberikan gambaran kepada graduan tentang kelayakan gaji. kelayakan sebenar adalah bergantung kepada “skor” atau sistem pemarkahan oleh pihak Bank. Jika gaji anda kurang atau tidak sama dengan gambaran yang diberikan, anda boleh menghubungi kami untuk pertanyaan lebih lanjut.

MARI KITA LIHAT WAJAH-WAJAH CERIA GRADUAN SELURUH MALAYSIA